BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor sedia 1,000 dos vaksin fasa satu untuk atlet, pengusaha sukan

Vaksin-Selangor-1000-dos-fasa-satu-untuk-atlet-dan-pengusaha-sukan.jpg

Exco Sukan Selangor, Mohd Khairuddin Othman melihat atlet badminton Mohammad Hafiezee Khairul Azwa menerima suntikan pelalian dalam program Vaksin Selangor (Selvax) untuk atlet dan pengusaha industri sukan di Hotel De Palma Shah Alam pada 10 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 10 OGOS: Sebanyak 1,000 dos vaksin disediakan kepada atlet dan pengusaha industri sukan di negeri ini melalui program Vaksin Selangor (Selvax).

Exco Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata pemberian vaksin kepada golongan itu adalah salah satu inisiatif kerajaan Selango meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan penggiat sukan.

“Ini merupakan usaha kita untuk memudahkan atlet dan pengusaha industri menerima suntikan pelalian tanpa perlu mendaftar untuk mendapatkan janji temu.

Advertisement

“Untuk fasa pertama kita menyediakan kuota 1,000 dos dan diadakan di lima pusat pemberian vaksin (PPV). Kita akan bergerak ke fasa seterusnya sejurus kuota pertama ini habis,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu beliau menghadiri program Vaksin Selangor (Selvax) untuk atlet dan pengusaha industri sukan di Hotel De Palma di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata kerajaan Selangor turut bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk mengesan atlet yang masih belum menerima vaksin.

Advertisement

Pada 30 Jun, kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Program itu bakal memanfaatkan 1.25 juta penduduk di Selangor yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top