SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan negeri Selangor meletakkan sasaran bagi pembinaan 21,094 unit Rumah Selangorku dalam tempoh tiga tahun.
Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail, berkata sebanyak 9,606 unit sedang dibina di Kuala Langat, Sepang dan Kajang.
Sementara itu katanya 6,368 unit lagi meliputi kawasan Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Ampang.
“Sebanyak 5,120 unit pula sedang dibina di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Selayang,” kata Rodziah Ismail, lapor SelangorKini.
Beliau berkata tumpuan kini diberikan kepada pembinaan kediaman selesa bagi golongan berpendapatan rendah dan menengah selain memastikan tiada rakyat terpinggir.
Sebanyak 14,497 unit Rumah Selangorku berjaya disiapkan antara 2018 hingga kini.
Sementara itu 102,996 unit dalam proses mendapat kelulusan.
Johorkini