BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor rancang bina pentas persembahan di desa, bantu penggiat seni jana pendapatan

Kerajaan-Selangor-rancang-bina-pentas-persembahan-di-desa-bantu-penggiat-seni-jana-pendapatan.png

Gambar Ehsan FB Rentak Selangor

Advertisement

SHAH ALAM, 4 MAC: Kerajaan Selangor dalam rancangan menyediakan pentas persembahan di kawasan luar bandar bagi menjana pendapatan industri seni itu, kata Exco Pembangunan Luar, Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Borhan Aman Shah.

Katanya kemudahan itu dapat mengatasi isu keterbatasan ruang bagi pelakon teater, penyanyi, penari dan pemuzik sejak perebakan Covid-19.

“Selain menyediakan platform persembahan secara maya, kita boleh jalin kerjasama dengan syarikat produksi atau pengendali persembahan untuk menyediakan arena persembahan di luar bandar.

Advertisement

“Persembahan pentas tidak semestinya diadakan di bandar, kita boleh membawa peminat seni atau pelancong ke lokasi yang memiliki tarikan tertentu sekaligus membangunkan lagi kawasan tersebut,” katanya, lapor SelangorKini.

Pada 1 Mac lalu kerajaan Selangor menganjurkan Rentak Selangor secara maya untuk menyemarak aktiviti seni dan budaya.

Persembahan secara langsung menerusi Facebook menampilkan 10 jenis persembahan antaranya tarian pooja, tarian bahbola, tarian merak, tarian joget Selangor dan muzik cempuleng berjaya meraih 62,000 tontonan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top