BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor rancang bangunkan semula rumah pangsa uzur – Exco

Rodziah-Ismail-Exco-Selangor.jpg

SHAH ALAM, 23 DIS: Kerajaan negeri Selangor mempunyai perancangan untuk membangunkan semula semua rumah pangsa yang uzur di negeri ini.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata sehubungan itu pihaknya sedia mempertimbangkan permohonan mana-mana pemaju untuk membaik pulih perumahan terbabit.

“Kita memang ada perancangan rumah yang ingin dipulihkan, ‘diremajakan’ dan dibangunkan semula sepenuhnya malah kita sudah buat ketiga-tiga dasar ini dan sekarang pihak yang ingin melaksanakannya perlu mengikut garis panduan,” kata Rodziah, lapor SelangorKini.

Beliau berkata kerajaan Selangor berjaya memulihkan sebuah rumah pangsa di bawah projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Datum Jelatek, Taman Keramat, Ampang.

“Justeru, saya percaya ada banyak lagi tempat yang boleh kita bangunkan bersama,” katanya.

Beliau mengulas hasrat Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan program pembaharuan bandar di semua rumah pangsa yang mencecah usia 40 tahun termasuk projek persendirian dibangunkan pemaju swasta.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata unit kediaman rumah pangsa yang tidak sesuai diduduki, bersaiz kecil dan berstruktur lama akan dibina semula dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan sesuai.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top