BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor peruntuk RM5 juta cegah denggi

Menteri-Besar-Selangor-Datuk-Seri-Amirudin-Shari.png
Advertisement

SHAH ALAM, 11 DIS: Sejumlah RM5 juta diperuntukkan untuk tahun 2021 bagi mencegah denggi di Selangor, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Beliau berkata, inisiatif tersebut memudahkan usaha petugas kesihatan untuk melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan di seluruh negeri.

“Sekurang-kurangnya 34 nyawa hilang sehingga 23 Ogos tahun ini akibat denggi dan Kerajaan Negeri memandang serius hal ini.

Advertisement

“Selain itu laporan terkini mengatakan terdapat penurunan kes denggi di negeri ini sebanyak 36.1 peratus (24,385 kes) dengan 152 kawasan wabak dikesan,” katanya, lapor SelangorKini pada Rabu.

Dalam pada itu beliau turut meminta warga Selangor meluangkan masa hanya 10 minit dalam tempoh seminggu untuk memusnahkan tempat pembiakan Aedes.

“Kita kena pastikan semua takungan air yang tidak digunakan dimusnahkan atau gunakan ubat pembunuh jentik-jentik,” katanya.

Advertisement

Pada 10 Disember, Pengarah Kesihatan Selangor berkata kes denggi di Selangor menurun kepada 43,215 setakat minggu ke-49 tahun ini berbanding 67,600 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut Datuk Dr Sha’ari Ngadiman lima daerah yang merekod kes denggi paling tinggi ialah Petaling dengan 15,040 kes, Hulu Langat (9,442 kes), Klang (6,814 kes), Gombak (6,390 kes) dan Sepang (2,353 kes).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top