BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor peruntuk RM4 juta laksana RiDE, sasar 3,000 peserta

RiDE-Selangor.png

Mohd Khairuddin Othman ketika menyerahkan barangan keperluan asas ketika program Rakan Muda Prihatin “We Care” di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras, Sungai Buloh, hari ini (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 6 DIS: Kerajaan negeri Selangor menyediakan RM4 juta bagi menjayakan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sehingga tahun depan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman berkata program e-panggilan bermula Ogos lalu semakin mendapat tempat dalam kalangan belia dengan penyertaan bertambah dari masa ke semasa.

“Kita menyasarkan 3,000 peserta menyertai RiDE dalam setahun.

Advertisement

“Banyak manfaat disediakan seperti setiap seorang menerima RM570 dan berpeluang mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), saya mengalu-alukan lebih ramai sertai program ini,” kata Mohd Khairuddin.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Khairuddin sebagai berkata ketika ditemui pada program Rakan Muda Prihatin “We Care” di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras hari ini.

Antara syarat menyertai RiDE ialah pemohon mesti berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 bagi yang bekerja serta memperoleh lesen motosikal B2 bermula Januari tahun ini.

Advertisement

RiDE menetapkan sasaran jumlah tersebut dengan penyertaan belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal RM370, selain boleh mengikuti kursus e-panggilan bernilai RM200 dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top