BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor peruntuk RM4 juta bantu 40,000 pelajar terkesan banjir

Agihan-bantuan-RM1000-kepada-mangsa-banjir-bermula-Rabu-MB-Selangor.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari bercakap kepada media berkenaan situasi banjir dan bantuan Selangor Bangkit bilik Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam pada 27 Disember 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

GOMBAK, 25 JAN: Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM4 juta untuk bantuan persekolahan kepada pelajar terjejas banjir baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu dijalankan selepas program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) selesai melibatkan semua mangsa.

“Kita anggar bantuan ini berjumlah RM4 juta melibatkan 40,000 anak-anak terkesan akibat banjir,” kata, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Surau Malabar Hidayatul Islam, Selayang di sini, Ahad lalu.

Pada program itu, Amirudin menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Sekolah Taman Permata yang mengalami kebakaran dan RM20,000 untuk Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Ummi Selangor serta bantuan bakul makanan.

Katanya, MBI sebelum ini memperuntukkan RM1.7 juta menerusi program Kembali Ke Sekolah bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Advertisement

“Bantuan ini diberikan kepada 300 pelajar di DUN (Dewan Undangan Negeri) terpilih dan telah pun selesai lebih seminggu lalu,” katanya.

Selepas itu, beliau meluangkan masa lebih sejam di Surau Al-Karimiah, Kampung Laksamana untuk menunaikan solat Asar dan beramah mesra bersama jemaah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top