BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor peruntuk RM150,000 pasang CCTV di 15 pangsapuri kos rendah

Rodziah-Ismail-Selangor-peruntuk-RM150000-pasang-CCTV-di-15-pangsapuri-kos-rendah.jpg

Rodziah Ismail bercakap kepada media selepas merasmikan Ruang Komunal Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya, Ampang pada 4 September 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

AMPANG, 4 SEPT: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM150,000 untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 15 pangsapuri kos rendah pada tahun ini bagi meningkatkan keselamatan penghuni.

Exco Perumahan, Rodziah Ismail berkata kemudahan bernilai RM10,000 bagi setiap perumahan itu dibuat melalui Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja).

Jelasnya, CCTV dipasang itu mempunyai pusingan 360 darjah dan boleh merakam dengan jelas bagi mengesan individu melakukan vandalisme serta jenayah.

Advertisement

“Di pangsapuri kos rendah keselamatan antara isu utama menjadi tumpuan Kerajaan Negeri dan ia termasuk pemasangan CCTV ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan ruang komunal Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya di sini hari ini.

Penolong Pegawai Tadbir Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Shahizam Sabri berkata sejak 2015 lebih 80 pangsapuri kos rendah dilengkapi CCTV di bawah inisiatif Seroja dengan perbelanjaan RM800,000.

Advertisement

Menurutnya, setiap pangsapuri akan menerima bantuan empat unit CCTV serta masing-masing seunit perakam dan monitor.

“Kita mengalu-alukan lebih banyak pangsapuri kos rendah memohon bagi membantu meningkatkan tahap keselamatannya.

“Mereka boleh memohon dengan pesuruhjaya bangunan (COB) pihak berkuasa tempatan yang akan menyalurkannya kepada kami bagi pertimbangan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top