BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor, persatuan bincang bantu pemuzik jalanan

Kumpulan-Caliph-Buskers-membuat-persembahan-pada-program-Vaksin-Selangor-Selvax-di-pusat-pemberian-vaksin-PPV-Tropicana-Gardens-Mall-Petaling-Jaya-pada-21-Ogos-2021.jpg

Kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Selangor akan berbincang dengan Persatuan Busker Negeri Selangor bagi mencari idea baharu dalam membantu pemuzik jalanan.

Exco Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah berkata kali terakhir kerjasama antara kedua pihak adalah menerusi projek Kita Buskers Selangor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kita perlukan perancangan semula kerana program di PPV telah berakhir dan akan adakan perbincangan dengan persatuan itu untuk program lain selepas ini.

Advertisement

“Jalan terbaik akan dicari dalam membantu pemuzik jalanan kembali menjana pendapatan khususnya selepas Selangor beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini,” kata Borhan, lapor SelangorKini.

Pada 7 Ogos, Borhan berkata kerajaan Selangor membela nasib busker dengan menempatkan mereka di PPV terpilih termasuk empat PPV mega bawah persekutuan.

Setakat ini, seramai 720 pemuzik jalanan dibantu melalui projek tersebut dengan peserta menerima sejumlah wang sagu hati selain kutipan awam bagi meneruskan kehidupan.

Advertisement

Projek selama sebulan mulai 15 Ogos membabitkan PPV Bangi Avenue, Sunway, Dewan MBPJ, MSU Shah Alam, Tanjung Sepat dan Gombak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top