BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor mahu beli vaksin Covid-19 untuk penduduk, pekerja asing

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

Advertisement

SABAK BERNAM, 11 JAN: Kerajaan Selangor bercadang untuk membeli antara tiga hingga lima juta dos vaksin bagi membendung penularan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata perancangan itu dibuat untuk keperluan penduduk tempatan selain pekerja asing berikutan ada banyak sektor perindustrian di negeri ini.

“Kita tahu di (peringkat) persekutuan sudah beli dan kita mungkin perlu beli lagi sebab keperluan lebih.

Advertisement

“Sekarang untuk orang tempatan. Pekerja asing perlu beli tapi ini perlu bincang dengan persekutuan,” katanya lapor SelangorKini.

Terdahulu beliau melakukan lawatan kerja sekitar Sabak Bernam hari ini.

Beliau menjelaskan perkara tersebut akan dibincang lebih lanjut dalam Majlis Mesyuarat Keselamatan Negeri (MMKN) pada Rabu.

Advertisement

“Usaha (dibuat) sejak minggu lalu, namun akan dimuktamadkan apabila selesai perbincangan kerana ia membabitkan komunikasi pelbagai pihak.

“Segala kos juga akan dibincang kerana memerlukan peruntukan yang tinggi selain melihat keperluan tahunan demi kesihatan rakyat dan industri,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top