BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor lulus dana RM472 juta bantu usahawan kecil

Menteri-Besar-Selangor-Amirudin-Shari.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kerajaan Selangor meluluskan lebih RM472 juta menerusi program Selangor Advance bagi membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pembiayaan itu diluluskan menerusi dana tambahan sebanyak RM200 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

“Sebagai usaha memastikan kelangsungan PKS di waktu pandemik ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan Selangor Advance yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan yang mudah dan fleksibel.

Advertisement

“Pembiayaan ini dapat membantu memastikan kelangsungan aliran tunai syarikat yang akan menjamin peluang pekerjaaan dan kebajikan para pekerja,” kata Amirudin, lapor SelangorKini.

Untuk keterangan lanjut mengenai inisiatif berkenaan, usahawan PKS boleh layari http://www.selangoradvance.com.my

Pada Jun, Amirudin Shari mengumumkan dana tambahan sejumlah RM200 juta untuk program Selangor Advance demi mengukuhkan daya saing perniagaan sekaligus menyelamatkan syarikat dan pekerja.

Advertisement

Peruntukan tersebut terkandung di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top