BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor lancar Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

Advertisement

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan negeri Selagor melancarkan Program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan khusus bagi membantu penuntut yang terkesan di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program tersebut memberikan fokus kepada tiga kategori iaitu mahasiswa di Selangor yang belajar di Selangor, mahasiswa dari negeri lain yang belajar di Selangor dan mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain.

“Kerajaan negeri melalui Kaukus ADUN Muda Selangor akan menyalurkan bantuan awal dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa KEADILAN dan Biro Mahasiswa AMK Malaysia.

Advertisement

“Pihak berkaitan sedang mengumpul maklumat untuk menyediakan tiga bentuk kemudahan iaitu pengangkutan kepada mahasiswa yang perlu pulang ke kampung, bantuan makanan serta pelitup muka dan cecair pencuci tangan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 menekan situasi kewangan mahasiswa dan berharap inisiatif Kerajaan Negeri dapat meringankan beban golongan tersebut.

Mahasiswa yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada pautan berikut:

Advertisement

– Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA
– Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB
– Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top