BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor kumpul data pemandu lori, van hilang kerja, tawar peluang niaga

Kerajaan-Selangor-kumpul-data-pemandu-lori-van-hilang-kerja-tawar-niaga.png

Rodziah Ismail menyantuni pembeli di jualan segar dari ladang PKPS Prihatin di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 30 JAN: Kerajaan Selangor akan mengumpul data pemandu lori atau van yang hilang pekerjaan susulan pandemik Covid-19 untuk memberi peluang menceburi bidang keusahawanan.

Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata langkah itu membantu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan ruang berniaga kepada golongan terbabit melalui program Lori Selangor Agro Market.

“PKPS ada bercadang mencari individu memiliki lori atau van yang selama ini tidak digunakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tampil ke hadapan dan bergabung bersama mereka.

Advertisement

“Pemandu lori atau van mungkin menjadi salah seorang yang boleh memanfaatkan perkhidmatan tersebut seterusnya meraih pendapatan dalam tempoh mencabar ketika ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas meninjau jualan segar dari ladang PKPS Prihatin bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pekarangan surau Pangsapuri Rimbajaya di sini hari ini.

Rodziah yang juga wakil rakyat kawasan itu berkata perkhidmatan lori bergerak mampu diperluas sekiranya mempunyai ramai tenaga kerja.

Advertisement

“Saya yakin program ini kalau diperluaskan akan membantu pihak terjejas kerana pada masa sama mereka boleh bawa perkhidmatan pasar bergerak kepada komuniti setempat.

“Paling penting, kita mahu rakyat mencipta pendapatan sekurang-kurangnya RM150 hingga RM200 sehari. Jangan rasakan kekangan ini menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya bergantung pada bantuan kerajaan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top