BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor jangka 3,000 sertai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

Inisiatif-Roda-Darul-Ehsan-RiDE-Amirudin-Shari-Menteri-Besar.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kerajaan Selangor yakin mampu mengumpul 3,000 peserta Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sehingga 31 Oktober ini, sekaligus mencapai sasaran ditetapkan.

Exco Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata ia susulan sambutan menggalakkan daripada golongan belia di negeri ini yang mahu menjana pendapatan.

“Justeru, saya mempelawa mereka yang berminat untuk membuat permohonan selagi kita masih ada peruntukan untuk menjayakan program ini.

Advertisement

“Kita berharap supaya mereka (belia) tidak mensia-siakan peluang yang disediakan oleh Kerajaan Selangor ini bagi membantu meningkatkan ekonomi masing-masing,” katanya, lapor Media Selangor.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, selain boleh mengikuti kursus e-panggilan bernilai RM200 dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial berjumlah RM70 setahun.

Antara syarat ditetapkan ialah pemohon perlu mendapatkan pengesahan pemastautin tetap melebihi 10 tahun di Selangor menerusi pejabat wakil rakyat kawasan masing-masing dan menghantar sendiri borang ke pejabat Majlis Sukan Negeri.

Advertisement

Syarat lain, pemohon mesti berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 bagi yang bekerja serta memperoleh lesen motosikal B2 bermula Januari tahun ini.

Mereka yang berminat boleh memohon inisiatif itu menerusi pautan http://msnselangor.gov.my.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top