BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor buka permohonan subsidi internet mulai esok

masjid_selangor.jpg

Grafik Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 30 JUN: Isi rumah kategori M40 di Selangor boleh memohon subsidi internet Kerajaan Negeri mulai esok.

Permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) boleh dibuat secara dalam talian melalui https://www.sism40.com.my/.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI berkata golongan berkenaan boleh menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun dengan melanggan satu daripada lapan pakej ditawarkan di bawah pakej keluarga, pakej bujang dan pakej asas.

Advertisement

“Kerajaan Negeri bekerjasama dengan semua 56 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha memastikan seramai mungkin mereka yang layak mendapat manfaat skim ini,” kata MBI, lapor SelangorKini.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan SISM40 membabitkan kerjasama MBI dan Telekom Malaysia (TM) selepas menyedari kesulitan dihadapi rakyat negeri ini dalam mendepani cabaran Covid-19.

Amirudin Shari mengumumkan program Data Internet Selangor memanfaatkan 70,000 golongan sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

Advertisement

Maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan boleh hubungi 03-50304595/4596 (Isnin-Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang) kecuali cuti umum.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top