BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor buka permohonan bantuan khas anak OKU

BANTUAN-KHAS-ANAK-ISTIMEWA-SELANGOR-ANIS.png
Advertisement

SHAH ALAM, 14 FEB: Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) secara dalam talian dibuka mulai esok.

Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor berkata bantuan berkenaan layak untuk anak orang kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke bawah.

“Skim ini membabitkan empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan mesin, ubat dan pendidikan khas.

Advertisement

“Mereka yang layak akan menerima manfaat sekali bayar sehingga RM5,000 untuk satu keluarga. Bantuan diberi berdasarkan panduan daripada doktor,” menurutnya, lapor SelangorKini.

Menurutnya, pemohon boleh melakukan pendaftaran di laman sesawang www.anis.yawas.my berserta dokumen diperlukan.

“Kelulusan permohonan boleh disemak di laman web yang sama dan bantuan akan terus disalurkan selepas itu,” katanya.

Advertisement

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 mengumumkan sejumlah RM3.25 juta bagi keseluruhan program dan inisiatif pemberdayaan OKU termasuk seminar kesedaran sokongan untuk anak istimewa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top