BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor banteras ratusan kilang haram secara berperingkat

Amiruddin-Shari-MB-Selangor.png
Advertisement

SHAH ALAM, 29 JUN: Kerajaan Selangor mengambil tindakan secara berperingkat terhadap kilang yang beroperasi tanpa lesen sah di negeri ini.

Dalam kenyataan ringkas di laman Facebook, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tindakan ke atas ratusan kilang dibuat melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

“Kerajaan Negeri akan terus membanteras kilang haram yang beroperasi tanpa lesen sah,” kata Amirudin, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau turut berkongsikan tangkap layar berita pada 3 November 2020 yang memamparkan sebanyak 168 kilang beroperasi tanpa lesen sah mengikut PBT.

Antaranya ialah:

Majlis Perbandaran Selayang – 75
Majlis Perbandaran Kuala Langat – 27
Majlis Bandaraya Subang Jaya – 23
Majlis Perbandaran Klang – 20
Majlis Daerah Kuala Selangor – 14
Majlis Daerah Hulu Selangor – 7
Majlis Perbandaran Sepang – 2

Advertisement

Terdahulu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan Selangor melaksanakan proses pemutihan kilang haram sejak 2008 dengan pemilik tanah dan kilang perlu memohon lesen untuk kekal beroperasi.

Tindakan tegas termasuk perobohan premis akan dikenakan terhadap pemilik yang melanggar syarat kegunaan tanah dan pengusaha kilang yang beroperasi atas tanah bukan syarat kegunaan industri.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top