BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor anjur kejohanan catur maya, tawar hadiah RM33,960

Selangor-anjur-kejohanan-catur-maya-tawar-hadiah-RM33960.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Selangor menganjurkan kejohanan catur maya dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM33,960.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman memaklumkan Grand Prix Selangor Xtiv Virtual Chess 2021 siri pertama dijangka bermula pada 10 dan 11 April mempertandingkan kategori wanita bawah 12 tahun dan terbuka bawah 18 tahun.

“Terdapat empat siri Grand Prix plus 1 dan Siri Grand Final. Ini masanya untuk serlahkan bakat anda dalam dunia catur,” kata Khairuddin dalam hantarannya menerusi laman Facebook.

Advertisement

Terdahulu, SelangotKini melaporkan, kejohanan tersebut mendapat kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan Persekutuan Catur Malaysia.

Mereka yang berminat diminta menghubungi Najib Abdul Wahab di talian 016-3382542 dan Iwan Schani Ibnu (017-5645183).

Pendaftaran juga boleh dibuat melalui ke mcfsecretariat@malaysiachess.org / inquiries@malaysiachess.org sebelum tarikh tutup pada 29 Mac.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top