BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor anjur karnival kerjaya pada 3 dan 4 Oktober ini

MB-Selangor-Amirudin-Shari.png
Advertisement

SHAH ALAM, 22 SEPT: Berita baik kepada para pencari kerja apabila peluang tersebut ditawarkan menerusi program karnival kerjaya mega Selangor (Selangor Mega Job Fair 2020) pada 3 dan 4 Oktober ini.

Karnival itu diadakan oleh kerajaan Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, dan Pembangunan Modal Insan Negeri.

Difahamkan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 60 majikan pada program yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Advertisement

Para peserta yang berhajat menyertai program itu diminta untuk terlebih dahulu mengisi borang secara dalam talian melalui pautan Selangor Mega Job Fair.

Antara maklumat yang perlu diisi antaranya negeri asal pemohon, status keupayaan (OKU atau tidak) dan pendaftaran dengan JobsMalaysia.

Dalam pada itu menurut penganjur, bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membanteras virus COVID-19, hanya 1,000 orang pengunjung dibenarkan berada di dalam ruang pameran pada satu masa.

Advertisement

“Oleh itu anda perlu menetapkan tarikh dan masa untuk hadir demi kemudahan bersama,” menurut kenyataan tersebut.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top