BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor aktifkan semula taska tambahan untuk anak ‘frontliners’

Amirudin_Shari_MB_Selangor.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

Advertisement

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan Selangor mengaktifkan semula sembilan taska tambahan sebagai pusat jagaan anak-anak petugas hadapan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, lokasi meliputi Hospital Sungai Buloh, Hospital Banting, Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Tambah beliau, taska di Hospital Shah Alam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Bangunan SUK Selangor dan Bangunan Darul Ehsan turut dibuka.

Advertisement

“Semua taska (di hospital dan JKNS) terbuka untuk kakitangan perubatan sahaja, manakala taska di Bangunan SUK dan Bangunan Darul Ehsan boleh dimanfaatkan semua petugas hadapan, termasuk anak-anak anggota polis serta tentera.

“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan petugas hadapan yang berkorban nyawa demi melandaikan keluk wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Media Selangor melaporkan pada 2 Jun, kerajaan Selangor memperkenalkan Insentif Penjagaan Anak-Anak Frontliners Covid-19 yang memperuntuk kadar bantuan bernilai RM150 untuk seorang anak bagi tempoh dua bulan iaitu Mac dan April.

Advertisement

PKPB dikuat kuasa di seluruh Selangor bermula kelmarin hingga 27 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top