BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor adakan saringan percuma Covid-19 empat hari di Gombak mulai esok

saringan-covid-19.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 17 MEI: Program Saringan Komuniti Covid-19 anjuran kerajaan Selangor akan menjelajah ke daerah Gombak selama empat hari mulai esok.

Bermula jam 9 pagi, ujian percuma diadakan serentak di Dewan Serbaguna MPAJ (DUN Bukit Antarabangsa) dan Dewan Serbaguna MPAJ AU2 (DUN Hulu Kelang).

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan saringan diteruskan keesokannya di DUN Sungai Tua (Dewan Seri Siantan) dan DUN Gombak Setia (Dewan Beringin).

Advertisement

“Pada 20 Mei, program diadakan di DUN Rawang (Dewan Batu 17) dan DUN Taman Templer (Dewan Seroja Kampung Bendahara) manakala DUN Kuang (Dewan Serbaguna Kuang) pada 21 Mei,” kata agensi itu.

STFC berkata saringan turut dibuat di daerah Petaling bermula di DUN Seri Kembangan membabitkan Dewan Serbaguna Seri Kembangan pada 21 Mei.

“Pada 22 Mei di DUN Seri Serdang (Dewan PU7) dan DUN Kinrara (Dewan Masyarakat) sementara DUN Subang Jaya (Laman Sukan USJ 1) dan Seri Setia (Dewan MBPJ) pada 23 Mei,” lapor SelangorKini.

Advertisement

Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN mulai 8 Mei hingga 10 Jun.

Setakat ini seramai 8,585 individu disaring melibatkan DUN Kajang, Semenyih, Sungai Ramal, Balakong, Teratai dan Dusun Tua, Lembah Jaya dan Pandan Indah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 388 kes Covid-19 dikesan dengan hampir keseluruhan melibatkan pesakit tanpa gejala.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top