BM | EN | 中文

Kerajaan Selangor adakan saringan Covid-19 percuma untuk penduduk Taman Sri Muda

Taman-Sri-Muda-saringan-Covid-19-Selangor.png

Seorang penduduk menjalani ujian saringan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 di Taman Sri Muda, Shah Alam (SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 7 JAN: Penduduk di kawasan perumahan sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini menjalani Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran kerajaan negeri.

Difahamkan, puluhan penduduk beratur seawal jam 8 pagi bagi menjalani ujian bersasar berlangsung di perkarangan Dewan Azalea di taman perumahan berkenaan.

Mereka yang hadir mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan memeriksa suhu badan.

Advertisement

Lokasi saringan turut dikawal ketat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Saringan berakhir esok dikendalikan 35 petugas kesihatan Klinik Selcare selain dibantu Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret).

Terdahulu, SelangorKini melaporkan saringan di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana dan Meru, kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) digunakan untuk mengesan jangkitan Covid-19 dalam tempoh kurang 30 minit.

Advertisement

Kerajaan Selangor melaksanakan saringan Covid-19 berskala besar di beberapa kawasan panas mulai 11 April tahun lalu bagi membendung penularan wabak.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dalam kenyataan memaklumkan saringan dipergiat bagi memastikan kadar jangkitan di bawah paras lima peratus dan setakat ini ia pada tahap tujuh hingga 25 peratus.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sekiranya 20 kes positif dikesan dalam kalangan 100 individu yang menjalani saringan, ini bermaksud masih banyak kes belum dikesan dalam kalangan komuniti.

Advertisement

Semalam, Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi Covid-19 dalam negara selepas merekodkan 965 kes termasuk satu jangkitan import, lebih separuh daripadanya dicatat di Klang.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top