BM | EN | 中文

Kerajaan promosi produk sawit di pasaran Eropah

teresa-kok-1.jpg

Teresa Kok (tengah) bergambar bersama sebahagian peneroka sawit yang hadir dalam program diadakan di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.

Advertisement

KOTA TINGGI, 30 JAN: Kementerian Industri Utama akan mengadakan lawatan selama seminggu ke beberapa negara Eropah dalam usaha memasarkan minyak sawit tempatan ke pasaran luar.

Menterinya, Teresa Kok berkata, antara negara yang akan dilawati adalah United Kingdom, Sepanyol, Belanda dan Belgium.

Katanya, pihaknya akan bertemu dengan pembuat dasar di negara terlibat.

Advertisement

“Pada minggu depan, saya akan membuat lawatan ke beberapa negara Eropah dalam usaha mempromosikan produk minyak sawit negara ini ke pasaran benua itu.

“Fokus lawatan itu adalah untuk menerangkan amalan industri sawit di negara ini turut mengambil kira penjagaan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB); Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Chew Jit Seng dan ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari.

Tambahnya, pihaknya akan turut menerangkan empat hala tuju baharu industri sawit tempatan kepada pihak berkenaan.

“Empat hala tuju tersebut adalah mengehadkan kawasan penanaman sawit kepada 6.5 juta hektar, tidak menanam sawit di tanah gambut dan hutan simpan kekal serta penyediaan peta rasmi tanaman sawit.

Advertisement

“Usaha yang dibuat ini adalah untuk memastikan produk minyak sawit tempatan boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa sekaligus memberi manfaat kepada pengusaha sawit tempatan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top