BM | EN | 中文

Kerajaan PN perlu umum pakej rangsangan ekonomi – Guan Eng

Lim-Guan-Eng-2.jpg

Gambar Ehsan The Edge Market

Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu segera mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi rakyat Malaysia.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, pakej bantuan kewangan RM45 bilion sangat diperlukan untuk membantu syarikat yang mengalami masalah dan pekerja yang kehilangan pendapatan.

Katanya ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang mungkin bakal disambung kerana kes positif harian masih tinggi,

Advertisement

“Pekerja dan perniagaan Malaysia, terutamanya PKS sangat memerlukan bantuan dalam bentuk moratorium pinjaman bank; subsidi sewa, upah dan utiliti; serta geran.

“Persatuan PKS Malaysia mendedahkan 100,000 PKS ditutup tahun lalu dan 50,000 lagi dijangka mengalami nasib yang sama.

“Berita yang sama buruk juga bagi pekerja dengan pengangguran masih tinggi pada 4.6% (743,000) pada bulan April 2021 sementara pengangguran belia antara 15-24 tahun pada 13.7 peratus,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Tambah Setiausaha Agung DAP itu, unjuran terbaru Bank Dunia mengenai pertumbuhan KDNK Malaysia untuk 2021 merosot kepada 4.5 peratus adalah bukti kegagalan Kerajaan PN dalam menguruskan ekonomi.

“Unjuran terbaru Bank Dunia mengenai pertumbuhan KDNK Malaysia untuk tahun 2021 merosot kepada 4.5% berbanding unjuran awal 6-7.5% Kementerian Kewangan sebelum ini.

“Ia adalah satu lagi petanda penurunan tahap keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap kemampuan Kerajaan PN dalam menguruskan ekonomi,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top