BM | EN | 中文

Kerajaan PN Johor rapuh, berlaku boikot sesama sendiri – Aminolhuda

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 17 MAC: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan mendedahkan, berlaku boikot antara sesama kumpulan di dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Mengulas perkara itu kata Aminolhuda, meskipun kerajaan negeri diterajui PN dilihat goyah, PH Johor akan terus komited dalam menjayakan agenda memartabatkan rakyat.

“Segala kebaikan kepada rakyat tidak dapat disalurkan.

Advertisement

“Boikot memboikot antara mereka terus berlaku akibat  kerapuhan yang diciptakan mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan awal bulan ini berkata, beliau kesal dengan tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkenaan pelantikan jawatan ketua kampung baharu di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) itu mendakwa, lantikan itu dibuat sebelah pihak dan tidak mencerminkan semangat kerjasama serta muafakat antara parti yang membentuk kerajaan negeri hari ini.

Advertisement

Susulan itu kata Aminolhuda, kestabilan politik di negeri Johor adalah penting dan apa yang terjadi hari ini adalah membimbangkan ramai pihak.

“Inilah pentingnya kestabilan politik yang perlu difikirkan untuk membangunkan agenda utama dan berusaha menunaikan janji kepada rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top