BM | EN | 中文

Kerajaan PN “derhaka”: AMANAH Pulai buat laporan polis

Isu-kerajaan-PN-derhaka-AMANAH-Pulai-buat-laporan-polis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JUL: Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Pulai hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi di sini, susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan di parlimen hari ini.

Laporan polis oleh AMANAH Pulai itu diketuai Timbalan Ketua Kawasannya, Azam Haron tiba di balai polis berkenaan bersama lapan pimpinan Parti Amanah Pulai.

Laporan polis telah dibuat oleh Pemuda AMANAH Pulai Muhammad Akmal Bin Aziz.

Advertisement

“Merujuk kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Julai 2021 yang menyatakan antara lain kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) di Parlimen pada 26 Julai 2021 bahawa semua Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021 telah dibuat tanpa mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di mana Yang Di-Pertuan Agong juga telah menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan dan tindakan kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat tersebut dibuat bertentangan dengan titah Baginda sebelum ini yang mahukan Ordinan-ordinan Darurat tersebut dibentang dan dibahaskan di Parlimen untuk diungkaikan,” laporan tersebut dipetik.

Laporan itu antara lain memohon polis menyiasat Takiyuddin yang membuat kenyataan tersebut dan menyiasat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai ketua kerajaan dan kabinet kerajaan Perikatan Nasional, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kerana mengambil tindakan membelakangkan titah Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong dan melanggar Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini merupakan satu tindakan penderhakaan yang sangat jelas, memusuhi Yang Di-Pertuan Agong dan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga kesalahan yang memudaratkan demokrasi berparlimen yang boleh disiasat di bawah peruntukan-peruntukan Kanun Keseksaan serta kesalahan-kesalahan lain yang terkait di bawah mana-mana peruntukan undang-undang negara,” menurut laporan berkenaan.

Advertisement

Dalam pada itu, AMANAH Johor hari ini menggerakkan ahlinya di seluruh negeri untuk membuat laporan ke balai polis berhubung perkara sama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top