BM | EN | 中文

Kerajaan PN berjaya gugurkan Ariff sebagai speaker

dewan-rakyat-parlimen.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JUL: Usul kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

Ia diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Mengumumkan keputusan undi berkenaan, timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon juga berkata seorang ahli parlimen tidak hadir.

Advertisement

Difahamkan ahli parlimen Kota Marudu, Maximus Ongkili tidak hadir, manakala timbalan speaker tidak mengundi.

Usul tersebut dicadangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan speaker.

Perdana Menteri dijadual membawa usul mencadangkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi speaker mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top