BM | EN | 中文

Kerajaan PN akhirnya akui gagal bendung Covid-19

Liew-Chin-Tong-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Peningkatan kes Covid-19 di negara ini disebabkan kedegilan dan keangkuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan tegas dan berkesan berdasarkan sains dan fakta.

Senator Liew Chin Tong berkata, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 ekoran kegagalan kerajaan dalam mengawal penularan wabak itu boleh dielakkan jika ujian saringan dilakukan secara besar-besaran pada peringkat awal.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri yang mengakui kegagalan kerajaan menangani wabak berkenaan sehingga memaksa pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Advertisement

“Terima kasih Datuk Seri Ismail Sabri kerana mengakui kegagalan kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak Covid-19.

“PKP 3.0 boleh dielakkan jika ujian saringan dilakukan secara besar-besaran pada peringkat awal,” ujarnya, lapor Roketkini.

Majlis Keselamatan Negara seperti dimaklum Kementerian Kesihatan (KKM) menganggarkan kes positif harian Covid-19 boleh meningkat sehingga 5,000 dan terus melonjak kepada 10,000 kes seperti berlaku di India.

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Mei lalu berkata penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus.

Mengulas lanjut, Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, kes Covid-19 di negara akan terus meningkat jika kerajaan masih keras kepala dan enggan berubah sikap.

“Ekonomi pula akan terus merudum. Rakyat akan bertambah sengsara,” katanya, lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top