BM | EN | 中文

Kerajaan ‘pintu belakang’ PN goyang

Perikatan_Nasional.png
Advertisement

PONTIAN, 12 MEI: Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak cukup sokongan dalam akuan bersumpah (SD) yang sebelum ini digerakkan untuk menjatuhkan Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor.

Salahuddin Ayub

Perkara itu dijelaskan oleh Adun Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyatakan bahawa dalam SD yang dilancarkan oleh PN itu tidak mendapat sokongan yang diperlukan.

Tambahnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana kerajaan PN Johor dalam kebimbangan sekiranya usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar (MB) akan dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

“Atas alasan Covid-19 sidang DUN kali ini dipendekkan – itulah hujah mereka di pihak PN. Hakikatnya mereka bimbang seandainya ada usul undi tidak percaya kepada MB dilakukan dalam sidang DUN kali ini.

“Ini menggambarkan bahawa PN hari ini tidak berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah kerajaan. Ia terbukti dengan wujudnya persengketaan di kalangan mereka yang masih belum selesai.

“Perkara yang sama turut berlaku di peringkat nasional di mana Speaker Dewan Rakyat juga tidak menerima usul melucutkan jawatan tersebut.

Advertisement

“Malah apa yang berlaku sebaliknya di mana usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri (PM) telah pun diusulkan serta diterima,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pulai berkata PN seperti takut dengan bayang-bayang sendiri serta kestabilan politik PN tidak terjelma akibat rampasan yang mereka lakukan.

Sidang DUN Johor yang berlangsung pada 14 Mei 2020 (Khamis) menyaksikan buat kali pertamanya ia dijalankan selepas Pakatan Harapan (PH) Johor dijatuhkan pada awal Mac lalu.

Advertisement

Sementara itu, Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat mengesahkan bahawa tidak ada sebarang usul dibuat untuk menggugurkan Speaker pada sidang DUN Khamis ini.

Katanya lagi perlantikan Speaker serta pengguguran jawatan tersebut hanya boleh dilakukan di dalam DUN sahaja.

“Sebarang rundingan atau usul tidak dilaksanakan dalam perasmian persidangan. Persidangan kali ini hanya melibatkan upacara perasmian sahaja, maka tidak molek untuk mengemukakan usul di depan Tuanku.

Advertisement

“Saya percaya bahawa kedua-dua pihak menghormati Sultan sebagai ketua negari, jadi tidak ada yang luar biasa akan terjadi pada hari Khamis,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top