BM | EN | 中文

Kerajaan pimpinan Ismail tetap rapuh

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

LEDANG, 22 OGOS: Kerajaan baharu yang dipimpian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini tetap dilihat rapuh kerana mempunyai majoriti yang terlalu tipis.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah menjangkakan perbalahan yang sebelum ini berlaku di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap berlaku.

Jelasnya, pertembungan itu boleh berlaku dengan hanya empat hingga lima orang sahaja ahli parlimen akan mampu menentukan nasib kerajaan yang ada hari ini.

Advertisement

“Boleh tengok semenjak Ismail Sabri dilantik, perbalahan mula menyala. Bemula dengan pemilihan nama kerajaan yang memerintah sama ada PN (Perikatan Nasional) atau kerajaan BN plus atau kerajaan Malaysia.

“Itu belum lagi soal perlantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) nanti yang pastinya milik parti Bersatu. Ia pasti akan mengundang perbalahan lagi dalam kesepakatan yang ada.

“Apa yang ditekankan oleh golongan ini, mereka sudah biasa pengkhianatan. Jadi tidak menjadi masalah bagi mereka untuk membuat khianat berulang kali,” jelasnya.

Advertisement

Asim dalam pada itu ingin menekankan soal nasib rakyat yang kini makin mendesak dengan keadaan yang berlaku dalam negara hari ini.

“Hentikanlah sikap mengkhianati antara satu sama lain, perintahlah negara ini dengan mengutamakan rakyat yang teruk terkesan dengan Covid ini.

“Ini bukan masa yang sesuai untuk bertelagah. Sekiranya kuasa itu berpihak kepada mereka, Maka jalankanlah kerja dengan baik.

Advertisement

“Tidak ada masa lagi untuk sibuk dengan menjaga kedudukan dan tibalah masanya untuk berkerja demi menjaga kesejahteraan rakyat,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top