BM | EN | 中文

KERAJAAN PERTIMBANG PERKHIDMATAN FERI ANTARA KUKUP DAN TUAS, SINGAPURA

IMG-20191113-WA0021.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 14 NOV: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan feri baharu menghubungkan Kukup, di sini dengan Tuas, Singapura sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu telah disampaikan beliau kepada Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Katanya, perkhidmatan feri itu pasti akan dapat merancakkan lagi ekonomi khususnya sektor pelancongan di kawasan ini.

“Antara agenda paling utama adalah untuk bangunkan sektor pelancongan di Tanjung Piai, terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin kerana menyambung semula perkhidmatan feri di Kukup, baru-baru ini.

Advertisement

“Saya ada bertanya kepada beliau, mengapa tiada perkhidmatan feri menyambung Kukup dan Tuas, Singapura.

“Setelah dibincangkan, mereka berpendapat boleh wujudkan perkhidmatan feri baharu itu, Insya-Allah selepas menang PRK Parlimen Tanjung Piai, kita boleh laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana PH yang diadakan di Kukup Laut, di sini malam tadi.

Advertisement

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan pengundi parlimen ini bahawa masalah dihadapi mereka boleh diselesaikan sekiranya memilih calon kerajaan sebagai wakil rakyat.

“Pengundi perlu faham, ini adalah PRK, justeru adalah penting untuk memilih calon yang boleh membantu kerajaan pusat dan negeri melaksanakan pelbagai pembangunan yang diperlukan.

“Jika tersalah pilih, maka setahun setengah akan datang akan menjadi tempoh yang panjang, masalah rakyat tidak boleh diselesaikan jika wakil rakyat pembangkang dipilih.

Advertisement

“Ini logik yang perlu difikirkan, beri pertimbangan penuh dan pilih calon PH, Karmaine Sardini dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, Sabtu ini,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top