BM | EN | 中文

Kerajaan pertimbang buka sempadan untuk tingkatkan pelancongan – Nancy Shukri

Nancy-Shukri-Pelancongan.png
Advertisement

KUCHING, 29 DIS: Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

“Kini, kami di peringkat mengadakan rundingan dengan negara-negara seperti Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand yang dikenal pasti sebagai kawasan Zon Hijau,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Ahad lalu.

Nancy berkata beliau menerima banyak permintaan daripada pemain industri pelancongan tempatan untuk mempertimbangkan perkara itu bagi memastikan perniagaan mereka terus bertahan.

Advertisement

“Bagaimanapun, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan bahawa kebenaran itu diberikan untuk membantu meningkatkan sektor pelancongan di negara ini,” katanya.

Ditanya sama ada gelembung perjalanan zon hijau membantu meningkatkan sektor pelancongan, Nancy berkata: “Ya, malah bilik di hotel-hotel seperti Langkawi telah penuh ditempah. Jadi, ia merupakan inisiatif yang bagus khususnya untuk sektor pelancongan.”

Sementara itu, Nancy turut menggesa pelancong dari zon hijau yang mengembara ke tempat lain supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam mengekalkan penjarakan fizikal ketika bercuti.

Advertisement

“Kita tidak mahu kes COVID-19 semakin meningkat apabila kerajaan meluluskan gelembung perjalanan zon hijau kerana akhirnya ia akan memberi kesan terhadap ekonomi khususnya sektor pelancongan di negara kita,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top