BM | EN | 中文

Kerajaan perpaduan?

tun-dr-mahathir.jpg

Dr Mahathir dalam sidang media petang tadi memaklumkan akan mengadakan pemerintahan yang tidak memihak mana-mana parti 

Advertisement

Susulan perkembangan mutakhir politik tanahair, banyak pihak tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mengusahakan penubuhan kerajaan perpaduan yang diwakili semua parti politik.

Terdapat banyak negara yang menggunakan model kerajaan perpaduan ini.

Antaranya Kanada, Lubnan, Sudan dan Afrika Selatan, Crotia, United Kingdom dan Hungary.

Advertisement

Kerajaan perpaduan merupakan suatu model perkongsian kuasa institusi formal seperti kerajaan berparlimen yang bertujuan menyediakan keselamatan dan kestabilan politik di negara yang berkonflik. Asas pembentukan kerajaan perpaduan ini dari gabungan semua parti politik utama iaitu mempunyai legitimasi yang mana tidak kira parti kerajaan atau parti pembangkang utama untuk bersama mentadbir negara dalam sistem parlimen.

Pembentukan ini biasanya berlaku ketika konflik atau darurat.

Terdapat banyak kelebihan kerajaan perpaduan, antaranya kabinet tidak ditentukan oleh parti politik dan tidak semestinya ahli parlimen saja yang layak dilantik.

Advertisement

Menteri kabinet boleh dilantik dari ahli parlimen yang berwibawa dari semua parti dan boleh juga dari kalangan profesional, seperti lantikan Nadiem Makarim, usahawan Gojek sebagai Menteri Pendidikan dan Budaya Indonesia.

Bagi proses pendamaian, kerajaan perpaduan tidak ada keperluan untuk memberi kedudukan menteri berdasarkan kekuatan parti.

Tidak ada lagi pihak pencadang dan pembangkang. Semua ahli Parlimen bebas untuk berdebat menjadikan perdebatan menjurus kepada isu berbanding parti.

Advertisement

Terdahulu, Kenya pada 2008 telah membentuk kerajaan perpaduan dengan tujuan menyelesaikan konflik dan krisis pasca pilihan raya negara masing-masing.

Pengalaman politik Kenya, ada tiga perkara menjadi usul pembentukan kerajaan perpaduan.

Pertama, semua pihak termasuk parti pembangkang mempunyai akses kepada kuasa dalam kerajaan yang dibentuk.

Advertisement

Kedua, membenarkan penyertaan luas mana-mana parti untuk meningkatkan legitimasi kerajaan dan tindakan yang membawa kepada perdamaian.

Ketiga, menyediakan pemimpin politik intensif mengenai kuasa dan membentuk pendirian sederhana bagi menangani ketidakstabilan politik.

Hasilnya, kerajaan perpaduan di Kenya dapat menyelesaikan konflik perebutan Presiden antara Mwai Kibaki dan Raila Odinga selepas Pilihan Raya 2007 yang mencetuskan rusuhan.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top