BM | EN | 中文

Kerajaan perlu tumpu kebajikan, tunai janji-janji kepada veteran ATM

Kerajaan-perlu-tunai-janji-janji-kepada-veteran-ATM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Kerajaan perlu menunaikan janji dan menambahbaik dasar bagi memastikan kebajikan veteran tentera terjamin, kata Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin.

Katanya, meskipun banyak perbahasan di Dewan Rakyat dan pengumuman kerajaan mengenai kebajikan bagi manfaat veteran tentera, namun masih ada janji-janji yang belum ditunaikan.

“Mereka ini adalah kumpulan yang telah menyumbang kepada negara dan perlu kita lihat dari sudut kebajikannya, pertama apabila mereka telah meninggalkan lapangan kerja sebagai tentera, sama ada tentera laut, tentera darat ataupun tentera udara.

Advertisement

“Ada yang berpencen dan ada yang tidak berpencen. Yang tidak berpencen itu mereka akan ada masalah yang tersendiri.

“Kita kena melihat keadaan mereka selepas mereka tidak bekerja,” kata Norhayati Bidin ketika dtemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVAT) di parlimen Tebrau, semalam.

Kata Norhayati lagi, dalam tenpoh pandemik Covid-19. kerajaan dilihat sering memberi tumpuan kepada bantuan kepada golongan peniaga, pelajar sekolah dan sebaginya, namun kepentingan golongan vetera tentera tidak boleh diabaikan.

Advertisement

Beliau difahamkan ada diantara veteran tentera yang dijanjikan dengan kurniaan tanah, mengikut format dikeluarkan kepada setiap bekas anggota yang meninggalkan perkhidmatan.

Katanya, isu tersebut agak rumit diselesaikan, namun tumpuan pada ketika ini adalah memberi tumpuan kepada penyelesaian kepaa masalah asas veteran tentera, antaranya pemilikan rumah.

“Isu survival (kelangsungan) hidup adalah yang paling utama.

Advertisement

“Kerajaan perlu melihat perkara ini dan mengambil kira sumbangan-sumbangan yang telah diberikan diberikan oleh veteran tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top