BM | EN | 中文

Kerajaan perlu tumpu kawalan wabak Covid-19 di kawasan industri – Adun Kemelah

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 26 JAN: Kerajaan disaran lebih serius mengawal penularan wabak Covid-19 di kawasan perindustrian yang dilihat menjadi penyumbang utama peningkatannya di Malaysia.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, beliau bimbang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham) serta ura-ura yang mahu menutup satu sektor ekonomi negara.

Ujarnya, kesan penutupan kemungkinan besar bakal menyebabkan ramai lagi hilang pekerjaan dan merumitkan pemulihan ekonomi negara.

Advertisement

“Kerajaan perlu melaksanakan jalan terbaik dengan meluaskan ujian Covid-19 seperti yang dilakukan negara Singapura dan melakukan kawalan bersasar dan ketat di kawasan industri dan tempat tinggal pekerja.

“Isu logistik seperti keperluan asas pekerja yang tinggal di asrama perlu disediakan agar mereka tidak perlu keluar dari kawasan yang telah ditetapkan. Ini bagi mengurangkan penularan dan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat setempat.

“Apabila PKP pertama dilaksana, negara telah kehilangan sebanyak RM63 bilion apabila semua aktiviti perniagaan dihentikan.

Advertisement

“Negeri Johor antara negeri yang paling terkesan jika industri sektor perkilangan dan pembuatan ditutup setelah kehilangan pendapatan akibat penutupan sempadan dengan negara jiran,” kata Dr Sulaiman yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan kegusaran berhubung punca pendapatan isi keluarga yang meruncing apabila ekonomi negara merudum.

“Ini akan mencetus rantaian masalah lain dalam masyarakat seperti keharmonian individu dan rumahtangga. Seperti pepatah, sudah jatuh, ditimpa tangga berkali ganda,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top