BM | EN | 中文

Kerajaan perlu tingkatkan proses vaksinasi – J’kuasa Vaksinasi Covid-19 PH

vaksin-covid-19.jpg
Advertisement

Oleh : Jawatankuasa Vaksinasi Covid-19 Pakatan Harapan

Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) perlu mengambil langkah proaktif yang diperlukan untuk bersedia untuk meningkatkan kadar proses vaksinasi apabila bekalan baharu tiba dalam beberapa bulan lagi.

Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) perlu bersifat proaktif dan meningkatkan persediaan logistik dan pentadbiran mereka pada masa sekarang untuk mempercepatkan dan melancarkan keseluruhan proses pra-vaksinasi, proses vaksinasi, dan proses pasca-vaksinasi dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semasa dan Fasa 3 yang akan datang.

Advertisement

Perkara ini perlulah merangkumi program kesedaran untuk melawan kekeliruan, keraguan, dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh rakyat. Langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah meningkatkan kadar pendaftaran, terutamanya dalam kalangan golongan yang berisiko tinggi, memperkasakan pusat khidmat talian untuk menyediakan notifikasi yang lebih bersistematik dan proses susulan, lantikan sukarelawan bukan perubatan yang lebih menyeluruh untuk menguruskan hal-hal pentadbiran dan logistik, terutamanya semasa proses vaksinasi berskala besar, dan latihan yang berpatutan kepada para sukarelawan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan, dan lain-lain perkara.

Kesemua usaha ini perlu ditumpukan sekarang supaya apabila bekalan vaksin yang diperlukan sampai pada bulan Jun, pelaksanaan secara menyeluruh dan komprehensif dapat dibuat tanpa sebarang gangguan untuk mempercepatkan kadar vaksinasi dalam negara kita. Walaupun kami menghargai maklum balas yang diberikan oleh Menteri Koordinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengenai status semasa program ini, kami percaya bahawa lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk mempercepatkan proses ini, terutamanya dengan stok vaksin sedia ada untuk merangkumi golongan petugas barisan hadapan dan kumpulan orang yang berisiko tinggi.

Lebih lambat golongan ini menerima vaksin, lebih lama masa mereka terdedah kepada risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini. Kerana inilah kadar vaksinasi semasa perlu dipercepatkan tanpa perlu menunggu penghantaran bekalan vaksin seterusnya. Pertimbangan utama sekarang perlulah kepada imunisasi dan pelindungan secepat yang mungkin dengan bekalan sedia ada. Sebagai contoh, kami telah menyeru supaya para guru, terutamanya di zon merah seperti Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang diberikan vaksinasi dahulu untuk menurunkan kemungkinan sekolah ditutup akibat penularan wabak Covid-19, tetapi sehingga hari ini kita masih belum mendengar sebarang rancangan untuk satu program terancang untuk memberikan vaksin kepada para guru.

Advertisement

Selain daripada itu, persediaan untuk menerima bekalan tambahan vaksin perlu dimulakan sekarang, terutamanya usaha untuk memastikan terdapat bekalan sumber manusia yang mencukupi untuk meningkatkan kadar vaksinasi setiap hari sebanyak empat kali ganda, daripada 40,000 vaksinasi sehari kepada 160,000 vaksinasi sehari seperti yang disasarkan. Perkara ini perlulah merangkumi persediaan sistem perubatan dan bukan perubatan untuk memudahkan keseluruhan proses ini.

Lebih ramai sukarelawan bukan perubatan perlu direkrut untuk membantu meringankan beban petugas kesihatan daripada menguruskan perkara-perkara bukan perubatan seperti pendaftaran, pentadbiran, pusat khidmat talian, proses notifikasi, menguruskan pergerakan orang ramai di pusat vaksinasi, dan perkara-perkara lain lagi. Para sukarelawan ini perlu diberikan latihan yang berpatutan sekarang, supaya mereka dapat mendalami SOP-SOP yang berkenaan untuk mengelakkan kekeliruan di masa hadapan semasa pelaksanaan penuh program ini.

Lebih ramai juga perlu di rekrut untuk meningkatkan keberkesanan pusat khidmat talian Covid19. Pusat-pusat khidmat talian ini boleh dibahagikan kepada sektor perubatan yang mengendalikan pertanyaan berkenaan dengan hal-hal kesihatan mengenai vaksin ini dan sektor bukan kesihatan untuk menguruskan perkara seperti notifikasi dan temu janji.

Advertisement

Dengan sistem maklum balas dan pertanyaan yang lebih baik, dan waktu menunggu dalam talian yang lebih pendek, perkara ini dapat membantu meningkatkan keyakinan terhadap proses vaksinasi ini dan memastikan semua mendapat temu janji dapat memberikan maklum balas dalam tempoh yang diperlukan.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan teknologi moden seperti chatbot dan kecerdasan buatan secepat mungkin untuk menjawab jumlah pertanyaan yang tinggi dalam Fasa 2 dan kita tidak boleh menunggu sehingga Fasa 3 program ini. Semua perkara ini penting untuk memastikan semua orang menerima makluman mengenai temu janji mereka dan juga untuk mengatasi masalah mengenai mereka yang masih ragu-ragu dengan vaksinasi ini.

Tambahan lagi, pelaksanaan awal sistem chatbot ini akan memberikan lebih banyak masa kepada kecerdasan buatannya untuk menambah baik respons yang diberikan sebelum usaha vaksinasi besarbesaran dimulakan pada bulan Jun. Dengan Kementerian Kesihatan menjangkakan kedatangan gelombang keempat wabak ini dalam masa terdekat, wabak ini mungkin akan menyebabkan lebih banyak kerosakan dengan varian-varian baharu yang lebih tahan terhadap vaksin sedia ada, seperti B117 (UK), dan B1351 (Afrika Selatan) yang telah pun dikesan di negara kita. Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara, dan India sedang berhadapan dengan kesan yang lebih buruk yang dibawa oleh varian-varian baharu ini.

Advertisement

Dengan semua pertimbangan ini, penting untuk kita mempercepatkan dan memperluaskan pelaksanaan vaksinasi Covid-19. Kita tidak boleh hanya menyalahkan pembekal vaksin semata-mata, tetapi kita juga perlu berusaha untuk mempercepatkan proses sedia ada dan mempersiapkan asas dan rangka kerja untuk memastikan pelaksanaan vaksin yang pantas, efisyen, dan lancar apabila lebih banyak bekalan diterima.

YB Dr Dzulkefly bin Ahmad – Pengerusi (Kuala Selangor)

YB Dr Lee Boon Chye (Gopeng)

Advertisement

YB Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching)

YB Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut)

YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru)

Advertisement

YB Dr Ong Kian Ming (Bangi )

YB Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan Selangor)

YB Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan Pulau Pinang)

Advertisement

YB Veerapan Supramaniam (Exco Kesihatan Negeri Sembilan

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top