BM | EN | 中文

Kerajaan perlu tingkat perlindungan kanak-kanak – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 18 NOV: Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, kerajaan diingatkan untuk mempertingkatkan perlindungan golongan kanak-kanak di negara ini.

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok berkata, kanak-kanak juga perlu diberikan perhatian mengenai tahap kesihatan mental mereka berdepan cabaran hari ini.

Perkara itu katanya, terutamanya ketika sesi persekolahan ditamatkan secara mendadak dan ibu bapa rata-rata tidak sempat merancang aktiviti untuk anak-anak.

Advertisement

Ujarnya, dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini seperti tidak memberi perhatian secara khusus berkenaan dengan program kesihatan mental kanak-kanak di negara kita.

“Kanak-kanak hari ini terdedah dengan pelbagai cabaran. Maklumat yang diperolehi di hujung jari adalah sesuatu yang akan memberi kesan kepada mental mereka.

“Kerajaan khususnya perlu mengadakan program tahap kesedaran kepada ibu bapa dalam memberi peranan yang baik kepada kanak-kanak selain langkah-langkah seperti pengawasan terhadap tingkah laku anak-anak mereka.

Advertisement

“Selain itu, kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak terpinggir dan dari keluarga asnaf yang tinggal di rumah-rumah kebajikan di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor berkata kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam memberikan peruntukan kepada pembangunan keluarga.

Tambahnya, selain perkara yang berbentuk material, hal lain seperti tahap kerohanian dan persediaan mental perlu diutamakan.

Advertisement

“Kita akui terdapat ibu bapa dalam negara ini yang mulai terlepas pandang terhadap perkembangan anak-anak mereka kerana keadaan atau cabaran yang menimpa keluarga.

“Namun peranan tersebut perlu diusahakan oleh kerajaan seperti mengadakan program secara atas talian berbentuk interaktif khusus bagi persediaan minda kanak-kanak.

“Selain itu seminar atas talian yang menarik perhatian kanak-kanak boleh diadakan bagi menerapkan nilai-nilai sahsiah dan adab yang baik dalam diri kanak-kanak.

Advertisement

“Kerajaan perlu memikirkan soal penambahan peruntukan bagi memberikan imbuhan dan insentif kepada pengajar yang berusaha mengadakan program-program seperti yang dikatakan tadi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top