BM | EN | 中文

Kerajaan perlu telus bentang kos pembelian vaksin – Pemuda AMANAH Johor

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 JUN: Kerajaan perlu membentangkan setiap kos bagi pembelian vaksin secara telus dan terperinci, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Kata Taqiuddin rakyat perlu tahu lebih lanjut mengenai kos pembelian tersebut kerana berlaku banyak kepincangan dan pertikaian dalam program pemberian vaksin.

Katanya, sebelum ini menteri yang menguruskan soal pembelian vaksin sering kali menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan yang dihadapi.

Advertisement

“Kita mahu mengenal pasti apakah yang menyebabkan kelembaban yang berlaku dalam proses vaksinasi hari ini.

“Kerajaan perlu memperincikan perbelanjaan yang dikeluarkan.

“Kita khuatir berlakunya penyelewengan dalam urus tadbir pembelian vaksin tersebut,” kata Taqiuddin ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang turut mendesak agar kerajaan memanggil semua pihak berbincang untuk mencari jalan penyelesaian dalam proses imunisasi negara.

Tambahnya, proses pembelian vaksin ini dilihat pincang apabila sebelum kerajaan kerap menyalahkan pihak tertentu dalam mendapatkan vaksin tersebut.

“Sebelum ini menteri berkenaan (Khairy Jamaluddin) menuduh Kesatuan Eropah sebagai punca kelembaban mendapatkan vaksin.

Advertisement

“Pencapaian negara dalam proses vaksinasi juga dilihat terlalu perlahan dan ini menyukarkan sasaran imuniti kelompok 80 peratus penduduk negara ini.

“Keadaan terus membuatkan rakyat terbelenggu dengan masalah seperti yang dihadapi sekarang ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top