BM | EN | 中文

Kerajaan perlu tangani kenaikan harga barangan keperluan harian

barangan-keperluan-pasaraya.jpg

Suasana di sebuah pasaraya terkemuka di Malaysia (Gambar Ehsan Siakap Keli)

Advertisement

BATU PAHAT, 18 MEI: Kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi menangani kenaikan harga barangan dan berusaha mengurangkan bebanan yang dipikul oleh rakyat.

Abdul Hamid Jamah

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Abdul Hamid Jamah berkata beliau menerima aduan berkenaan perkara itu dan ia menunjukkan situasi yang akan menghimpit kehidupan rakyat.

Jelasnya, kenaikan harga bahan keperluan harian ketika ini tidak munasabah, lebih-lebih lagi ketika berdepan pandemik Covid-19 dan kemungkinan kehilangan pekerjaan di kalangan rakyat.

Advertisement

“Kerajaan perlu perjelaskan keadaan ini serta mengambil langkah seberapa segera dalam menyemak dan menyelesaikan hal ini.

“Kita maklum, rakyat pada waktu ini terhimpit dengan masalah pendapatan serta tahap ekonomi yang kurang baik.

“Kalau alasan disebabkan harga minyak mentah, ia tidak logik kerana harga minyak ketika ini diparas yang tidak munasabah untuk kenaikan harga keperluan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan.

Advertisement

[BACA: Naikkan harga ayam, lima pemborong utama di Johor disiasat KPDNHEP]

Beliau menyatakan kawalan dilakukan di zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lebih baik berbanding apa yang berlaku ketika ini.

Justeru itu katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil mekanisma pengawalan harga yang telah dilakukan oleh PH sewaktu mereka memerintah negara ini.

Advertisement

“Rakyat akan berhadapan dengan kesampaian Hari Raya Aidilfitri, justeru permintaan terhadap barangan keperluan ini pastinya akan meningkat. Situasi yang berlaku ini pasti akan merumitkan keadaan rakyat.

“Jangan hanya pandai bercakap soal semangat bangsa sahaja, hakikatnya penindasan terhadap rakyat yang sedang terhimpit dilakukan dalam diam.

“Pentadbiran untuk memakmurkan rakyat adalah perkara utama yang harus diberi perhatian bukan menyusun kabinet serta habuan lantikan politik kepada mereka yang menyokong tanpa memikirkan nasib rakyat,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top