BM | EN | 中文

Kerajaan perlu sensitif keperluan di PPV

Kerajaan-perlu-sensitif-keperluan-di-PPV.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 JUN: Kerajaan perlu lebih sensitif dan menyediakan keperluan di pusat pemberian vaksin (PPV) terutamanya untuk warga emas dan golongan berkeperluan khas.

Pegawai khas kepada Adun Penggaram, George Poh berkata telah beberapa kali memohon agar pihak Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk memasang kanopi di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, salah satu lokasi PPV di negeri ini.

“Kedua-dua jabatan memaklumkan kekurangan kanopi kerana masalah tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau memaklumkan, Adun Penggaram, Gan Peck Cheng telah meninjau keadaan semasa di PPV Sabtu lalu.

Susulan itu pihaknya menyewa dua kanopi serta merta, sementara menunggu kanopi baru yang ditempah untuk disumbangkan kepada PKD.

“Kami berharap agar ahli-ahli parlimen kerajaan lebih sensitif dan efektif dengan kesusahan rakyat dan dapat lebih banyak membantu para barisan hadapan di dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Advertisement

“Janganlah dibiarkan rakyat yang sedang susah menghadapi kesulitan, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya lagi.

Sebelum ini tular di laman media sosial, gambar-gambar menunjukkan penerima vaksin di Batu Pahat terpaksa berdiri di tenagh panas ketika menunggu giliran suntikan vaksin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top