BM | EN | 中文

Kerajaan perlu senaraikan jasa penerima pingat Hari Wilayah kepada umum

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 FEB: Kerajaan dikritik apabila mengumumkan pemberian gelaran ‘Datuk’ kepada seramai 111 individu, suatu jumlah yang besar berbanding 28 tahun lalu.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Serudin Soud berkata, selain itu penganugerahan gelaran ‘Datuk’ ketika ini dilihat sesuatu yang tidak munasabah.

“Malam tadi umum (perdana menteri) umum bagi beras. Pagi ini dapat tahu seramai 111 gelaran ‘Datuk’ diberikan kepada mereka yang dilihat menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Advertisement

“Menurut maklumat dari laporan berita seramai 355 individu yang telah diberikan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persektuan berbanding dengan 188 penerima tahun lalu.

“Ini peningkatan mendadak. Perkara itu menjadi bualan orang ramai tentang ketelusan pemberian darjah berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata, terdapat beberapa nama penerima yang dilihat tidak memberi apa-apa peranan dan jasa terhadap pembangunan wilayah.

Advertisement

Serudin turut meminta kerajaan menyenaraikan jasa-jasa penerima anugerah tersebut kepada umum.

“Kita mahu tahu juga apa jasa yang diberikan oleh mereka penerima darjah tersebut kepada Wilayah Persekutuan dan negara.

“Adakah pemberian ini diberikan kepada mereka melalui senarai yang disokong Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa (Tan Sri)?

Advertisement

“Jika begitu apa pentingnya penerimaan darjah tersebut dalam membantu rakyat di negara ini serta keadaan semasa dalam melawan Covid 19.

“Senaraikan jasa mereka kepada umum,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top