BM | EN | 中文

Kerajaan perlu selenggara sungai di Johor Bahru yang berpotensi sebabkan banjir

cheo-yee-how-kg-pasir-banjir-nov-2020.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kerajaan negeri diminta agar melakukan kerja-kerja selenggara sungai yang dikenal pasti berpotensi menyebabkan banjir, kata Adun Perling, Cheo Yee How.

Beliau yang membuat lawatan kawasan banjir di Kampung Pasir Johor Bahru berkata, antara puncanya disebabkan penyelenggaraan sungai yang tidak dilakukan di sekitar kawasan itu.

Katanya, kesan daripada tindakan tidak endah tersebut membuatkan penduduk setempat menjadi mangsa banjir yang melanda kawasan mereka.

Advertisement

“Kita kesal apabila melihat nasib keluarga yang terpaksa berpindah dan banjir kali ini lebih teruk daripada sebelumnya.

“Sebelum ini kita pernah menyuarakan berkenaan isu infrastruktur di kawasan sungai ini seperti kawasan perangkap sampah dan pam air sungai.

“Kita juga pernah memohon agar rumput yang panjang di sungai ini dipotong. Apa yang berlaku hari ini amat mendukacitakan,” katanya ketila ditemui.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut memohon agar kerajaan memberi fokus kepada pembinaan benteng dan menyiasat punca kejadian banjir yang berlaku kali ini.

“Kita kena tahu punca banjir yang teruk kali ini berlaku. Adakah disebabkan penambakan kawasan Selat Tebrau dan sungai Danga.

“Selain itu juga pihak kami memohon agar kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan benteng sungai yang lebih tinggi di kawasan kampung ini.

Advertisement

“Saya juga berterima kasih kepada pihak jabatan dan agensi yang terbabit kerana gerak kerja yang cepat pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara di kampung ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top