BM | EN | 中文

Kerajaan perlu selamatkan pekerjaan rakyat Malaysia – Adun Paloh

sheikh-umar-bagharib-ali.jpg
Advertisement

KLUANG, 23 MEI: Kerajaan perlu bertindak segera dan menggembeling usaha menyeluruh untuk menyelamatkan pekerjaan rakyat Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali.

Beliau memetik perangkaan di Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa kadar pengangguran pada Mac 2020 telah meningkat kepada 3.9 peratus, berbanding Februari 2020 pada kadar sekitar 3.3 peratus sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, perangkaan itu melebihi rekod terburuk Malaysia yang pernah dicatatkan pada Jun 2010 iaitu sebanyak 3.6 peratus.

Advertisement

Tambah beliau kadar pengangguran di Malaysia pada Mac 2019 adalah sebanyak 521,000 ribu manakala Mac 2020 dan jumlah ini telah meningkat sebanyak 17 peratus kepada 610,500.

“Angka ratusan ribu ini mewakili jumlah warga kita yang produktif tetapi tiada pekerjaan.

“Jumlah ini cukup menakutkan sepertimana kita melihat jumlah jangkitan dan kematian akibat Covid-19. Kadar pengangguran ini pastinya akan meningkat dalam bulan-bulan mendatang.

Advertisement

“Pada masa statistik yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan, bagaimana pula dengan data yang tidak terdapat dalam rekod jabatan? Pastinya ia melebihi dari angka yang ada,” kata Sheikh ‘Umar dalam satu kenyataannya hari ini.

Justeru itu, beliau menggesa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meneliti dan menimbang tara kewajaran kerajaan dalam mengambil langkah yang sewajarnya.

“Ini adalah bencana ekonomi dan sosial yang bersifat sejagat. Ia bukan lagi ‘wake up call’ tetapi ia disifatkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai The Great Lockdown.

Advertisement

“Ia melampaui ‘The Great Depression’ pada tahun 1930-an.

“Saya menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak segera dan menggembeling usaha menyeluruh untuk menyelamatkan pekerjaan rakyat Malaysia.

“Tan Sri tidak boleh menunggu data perangkaan untuk melihat jutaan lagi rakyat Malaysia hilang pekerjaan. Hilang pekerjaan bermakna hilang sumber pendapatan untuk rakyat hidup berdikari.

Advertisement

“Kesan daripada keadaan ini adalah mimpi paling ngeri buat kami rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top