BM | EN | 中文

KERAJAAN PERLU SELAMATKAN IKS UBI PUTIH

IMG-20191119-WA0006.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 19 NOV : Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ubi putih dijangka mungkin akan gulung tikar disebabkan kurang pemantauan dari kemasukkan ubi putih goreng dari Indonesia yang tidak terkawal.

Perkara itu dijelaskan oleh Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang memberitahu, kemasukkan ubi putih dengan harga yang jauh lebih rendah itu telah membunuh industri ubi putih tempatan.

Advertisement

Menurutnya lagi, terdapat laporan dari pihak pengusaha yang mula merungut berkenaan dengan permasalahan yang dialami mereka.

“Antara rungutan dari pengusaha adalah berkenaan dengan pinjaman dan kini hasil jualan mereka merosot teruk sehinggakan ada di antara mereka yang tidak mampu membayar semula hutang berkenaan.

“Sebelum ini, permintaan dari industri beliau mencecah sehingga 20 tan seminggu namun kini permintaan dari ubi putih itu hanya mencecah sekitar 2 tan seminggu.

Advertisement

“Tidak ada pemantauan dari kemasukkan ubi putih di negara jiran ini akan menyebabkan pemain industri ini akan mati dan gulung tikar,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan beberapa mekanisme berkenaan dengan pemulihan keadaan yang dialami oleh industri tersebut.

Antara mekanisme penyelesaiannya perlu ada penghentian import ubi putih dari negara jiran serta hanya dibenarkan pada waktu puncak sahaja seperti perayaan dan sebagainya.

Advertisement

“Mekanisme lain adalah, kawalan kesihatan yang ketat kepada bahan makanan tersebut yang tidak dijamin mutu kesihatannya.

“Untuk meringankan sedikit bebanan pengusaha ubi putih ini, kerajaan dicadangkan meminta agar institusi yang memberi pinjaman kepada IKS agar dapat memberikan sedikit kelonggaran sehingga industri ini dipulihkan semula,” katanya.

Beliau berkata, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu membuat penyelarasan secara tuntas dengan Kementerian Hal-Ehwal Pengguna, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Kesihatan tentang kemasukkan bahan makanan import hasil pertanian dari luar.

Advertisement

“Kerajaan juga boleh meningkatkan produk ubi ini dengan meneroka industri tersebut yang tidak bersifat tipikal seperti untuk membuat bioplastik mesra alam, kertas dan yang terkini beras ubi,” ujarnya lagi.

Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa kebaikkan ubi dari segi kesihatan mampu untuk menaikkan semula industri ubi dengan menghasilkan ubat-ubatan dari produk tersebut serta dijadikan makanan sihat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top