BM | EN | 中文

Kerajaan perlu segera umum SOP untuk calon SPM, STPM

Rajiv-Rishyakaran-Adun-Bukit-Gasing.jpg

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran (Gambar Ehsan FMT)

Advertisement

PETALING JAYA, 22 JAN: Kerajaan perlu segera mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Langkah itu perlu disegerakan susulan calon SPM di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Lipis, Pahang dikuarantin ekoran seorang daripada mereka disahkan positif Covid-19, pada sesi pertama persekolahan, Rabu lalu.

“Adakah pelajar yang disahkan positif Covid-19 dan mereka yang dikuarantin akan dibenarkan untuk menduduki SPM? Sekiranya ya, bagaimana?

Advertisement

“Kementerian Pendidikan mesti memberikan jawapan yang tuntas untuk semua persoalan ini dan lain-lain persoalan berbangkit,” kata Adun Bukit Gasing, Selangor, Rajiv Rishyakaran dalam satu kenyataan.

Beliau membandingkan tindakan proaktif kerajaan negeri Sabah yang melakukan saringan wajib terhadap pelajar yang kembali ke asrama.

Susulan langkah tersebut, katanya, 36 pelajar telah dikesan dijangkiti wabak tersebut dan ditempatkan di pusat kuarantin sebelum bermula sesi persekolahan.

Advertisement

Dalam pada itu, Rajiv turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menampung kos saringan 400,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Beliau dilaporkan Roketkini sebagai berkata, terdapat rungutan daripada pelajar yang diarahkan pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) membuat saringan dengan kos sendiri.

“Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), bernilai RM15 bilion.

Advertisement

“Sekiranya benar bahawa keutamaan pakej ini adalah ‘melindungi rakyat’ dan ‘memerangi wabak Covid-19’, di manakah peruntukan untuk melindungi anak-anak kita di sekolah?

“Sudah tentu peruntukan RM35.4 juta untuk membina tiga balai raya di Johor dapat dibelanjakan dengan lebih baik untuk memastikan keselamatan anak-anak kita,” katanya lagi.

Muhyiddin sebelum ini dikritik kerana meluluskan pembinaan tiga dewan komuniti bernilai RM35.4 juta di kawasan Parlimennya di Pagoh ketika negara berdepan cabaran ekonomi akibat Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top