BM | EN | 中文

Kerajaan perlu segera tangani isu kesihatan mental rakyat – AWAN Johor

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.png

Ketua Wanita Parti Amanah Negara (AWAN) Johor dan juga Adun Maharani, Nor Hayati Bachok

Advertisement

MUAR, 1 JUL: Isu kesihatan mental rakyat yang semakin meruncing perlu ditangani segera oleh kerajaan, kata Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok.

Katanya, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana masalah kesihatan mental sudah mencapai ke tahap kritikal apabila ada rakyat yang terpaksa membuat keputusan nekad di luar jangkaan seperti yang berlaku hari ini.

“Seolah-olah sudah menjadi ‘trend’ apabila video-video yang disebarkan menunjukkan berleluasanya kes bunuh diri dengan terjun bangunan dan sebagainya, tetapi masyarakat hanya sekadar mampu melihat.

Advertisement

“Melalui statistik yang direkodkan, tahap kesihatan mental rakyat semakin teruk terjejas semenjak PKP dilaksanakan Mac tahun lalu.

“Statistik menunjukkan kenaikan sebanyak hampir 27 peratus tahap masalah kesihatan mental.

“Ini amat membimbangkan dan ia perlu dibendung segera,” ujarnya.

Advertisement

Adun Maharani itu berkata, antara yang mendorong berlakunya tekanan mental ke atas rakyat itu akibat desakan hidup seperti hilang pekerjaan dan bebanan sara hidup yang menghimpit.

Ujarnya lagi, kebimbangan tersebut telah lama disuarakan AWAN Johor semenjak PKP 1.0 dilaksanakan tahun lalu namun masih belum ada tindakan konkrit daripada kerajaan bagi menangani isu ini.

“Kita sudah berulang kali menyebutkan pembabitan pakar penting untuk dilibatkan bagi memberi pandangan agar kerajaan segera mengambil langkah yang proaktif.”

Advertisement

“Semenjak PKP 1 lagi AWAN Johor sudah bersuara berkenaan hal ini namun tiada langkah proaktif dilaksanakan oleh kerajaan.

“Pengabaian ini membuatkan rakyat yang semakin tertekan terpaksa bertindak nekad, menyebabkan kes bunuh diri semakin berleluasa hari ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top