BM | EN | 中文

Kerajaan perlu segera selesai isu lesen berkembar Taska dan Tadika – Hannah Yeoh

Hannah-Yeoh.jpg

Gambar Ehsan malaysiaworldnews.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Kerajaan perlu menyegerakan proses libat urus dengan pemegang taruh bagi meneliti keperluan dan kepentingan membenarkan permohonan lesen berkembar bagi pengusaha yang memiliki Taska dan Tadika dalam satu premis.

Ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, perkara itu melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Katanya, kegagalan itu menimbulkan begitu banyak kekeliruan kepada ibu bapa terutama sekali semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Sebelum ini kerajaan hanya membenarkan operasi Taska yang menjaga kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah tetapi melarang Tadika yang menjaga kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk beroperasi.

“Keadaan seperti ini menyukarkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Taska dan Tadika kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menghantar anak-anak mereka yang berusia empat hingga enam tahun, walaupun dapat mengakses perkhidmatan di Taska.

“Malah, para pengusaha Tadika terpaksa menghadapi kesan kewangan yang teruk akibat arahan yang mengelirukan ini,” kata Hannah dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Kata Hannah, penyelesaian itu telah dimulakan semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan setelah mengenal pasti masalah dihadapi pengusaha, pengasuh dan ibu bapa.

“Banyak pertemuan telah diadakan dengan pemegang taruh bagi merangka penyelesaian mengenai isu ini, malah saya juga telah membangkitkan masalah ini di Parlimen

“Namun sehingga kini belum mendapat sebarang jawapan dari Menteri KPWKM seolah-olah masalah ini seperti tidak mahu diselesaikan.

Advertisement

“Saya menyeru Menteri Rina Harun dan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin menjadikan isu ini keutamaan mereka.

“Pengurusan institusi pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak mesti segera diselaraskan dibawah satu Kementerian sahaja,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top