BM | EN | 中文

Kerajaan perlu rancang kaedah pembelajaran alternatif jika pelajar sukar ikuti PDPR – Aminolhuda

gmbr-fail-aminolhuda.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 3 DIS: Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan bimbang dengan keadaan sebahagian dari kira-kira 50,000 calon SPM dan 12,000 calon STPM di negeri yang akan menduduki peperiksaan pada tahun hadapan (2021).

Katanya, ada di kalangan pelajar yang tidak dapat menyertai kelas kerana pulang ke kampung atau berada di luar kawasan yang tiada capaian internet.

Beliau mencadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ketika Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) yang menggunakan kaedah secara atas talian perlu disemak semula.

Advertisement

“Pelajar tidak fokus dan guru sukar untuk memantau kerana tidak bersemuka. Apabila pelajar ‘switch off’ kamera dan menyepi, guru tidak pasti sama ada pelajar benar-benar mengikuti kelas atau tidak.

“Pelajar tidak memilik kemudahan komunikasi atau berkongsi dengan keluarganya. Ada guru menceritakan apabila beliau menghubugi nombor telefon yang diberi pelajar, muncul video bapanya sedang memandu lori dalam kebun sawit.

“Kaedah kedua ialah ‘off-line’ iaitu menggunakan modul latihan atau ‘worksheet’. Guru menyediakan bahan di sekolah dan ibu bapa akan mengambilnya bagi pihak pelajar tersebut melalui pengawal keselamatan,” ucapnya.

Advertisement

Selain itu, Aminolhuda turut mencadangkan bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk peranti dan data internet untuk mereka mengikuti kelas.

“Saya mencadangkan satu langkah jangka pendek supaya kerajaan mengenal pasti pelajar yang tidak mempunyai alat komunikasi seperti komputer atau telefon mudah alih supaya mereka boleh dibekalkan kemudahan berkenaan.

“Kedua, pihak kerajaan perlu membantu kos data pelajar secara bersasar bagi yang tidak mampu membayar data untuk capaian internet,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top