BM | EN | 中文

Kerajaan perlu pertimbang had masa bayaran semula pinjaman Tekun

Tabung-Ekonomi-Kumpulan-Usaha-Niaga-Tekun.png
Advertisement

BATU PAHAT, 3 JUN: Kerajaan diminta untuk lebih prihatin dan bertimbang rasa dalam mengendalikan bayaran semula pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun).

Ini memandangkan keadaan ekonomi yang merudum terutamanya melibatkan perniagaan kecil yang berdepan masalah sewaktu Covid-19 melanda negara.

Adun Perling, Cheo Yee How

Adun Perling, Cheo Yee How berkata tindakan menetapkan tarikh dalam tempoh singkat untuk pembayaran semula pinjaman adalah tidak wajar.

Advertisement

“Peminjam rata-ratanya adalah mereka yang mengusahakan perniagaan kecil. Kita harus terima hakikat bahawa peniaga kecil teruk terjejas pendapatan mereka.

“Kita tidak mahu mereka terus tertekan dengan tindakan Tekun yang menetapkan tarikh bayaran semula pinjaman.

“Kami mendesak agar Tekun dan mana-mana agensi pinjaman di bawah kerajaan perlu mempertimbangkan hal ini,” katanya ketika dihubungi

Advertisement

Isu pinjaman Tekun hangat dibincangkan para peminjam yang rata-ratanya mengeluh susulan ketidakprihatinan organisasi itu mengeluarkan notis bayaran semula dalam jangka masa singkat.

Difahamkan bayaran semula pinjaman perlu dijelaskan pada 11 Jun 2020 seperti syarat ditetapkan agensi pemberi pinjaman tersebut.

Sementara itu, Presiden Persatuan Anak Muda Bangkit, Batu Pahat, Othman Ahmad Bajrai, 29, berkata kebanyakan peminjam adalah peniaga kecil yang terjejas teruk akibat kesan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Ramai di antara mereka peniaga kedai makan dan kantin sekolah. Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil perkara sebegini tidak harus berlaku.

Othman Ahmad Bajrai

“Mereka belum tentu dapat membayar semula pinjaman mereka.

“Malah untuk memulakan semula perniagaan pastinya mengalami kesukaran kerana lebih dua bulan ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Mereka memerlukan modal yang agak besar untuk memulakan perniagaan kerana harus mengikuti syarat ditetapkan kerajaan.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan mengkaji semula tempoh bayaran pinjaman. Mereka memerlukan masa untuk membuat pusingan modal.
“Perhatian serta timbang rasa dari pihak kerajaan perlu diberikan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top