BM | EN | 中文

Kerajaan perlu pastikan pelaksanaan polisi ziarah semasa Aidilfitri berkesan

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 20 MEI: Segala usaha mengurangkan penularan wabak Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) serta pengorbanan barisan hadapan yang berusaha memerangi wabak tersebut akan menjadi sia-sia jika keadaan tidak terkawal semasa sambutan Aidilfitri.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor merujuk kenyataan Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa lebih 80 peratus pesakit Covid-19 tidak menunjukkan gejala ataupun bergejala ringan.

Dalam masa yang sama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri pada 7 Mei dalam satu kenyataan membenarkan pergerakan antara daerah.

Advertisement

“Kerajaan perlu pastikan pelaksanaan selari dengan polisi untuk menjamin keselamatan rakyat.

“Antara yang kerajaan perlu laksana adalah meningkatkan lagi kesedaran rakyat berkaitan Covid-19 dalam keadaan rakyat telah jemu berkurung di rumah dan lama tidak berhubung dengan keluarga terdekat.

“Kerajaan boleh pastikan agar hubungan maya ditingkatkan antara keluarga dan rakan dengan memberi internet percuma dan perkhidmatan telefon antara keluarga tanpa kos.

Advertisement

“Selain itu, pelaksanaan kawalan pergerakan boleh ditingkatkan semasa waktu perayaan bagi memastikan keberkesanan polisi yang digazetkan,” katanya ketika dihubungi.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Dr Sulaiman merujuk kenyataan pertubuhan pakar-pakar perubatan Malaysia, melalui Akademi Perubatan Malaysia ‘Academy of Medicine of Malaysia (AMM)‘ bertarikh 12 Mei.

Advertisement

Menurutnya, AMM melahirkan kegusaran terhadap polisi ziarah Hari Raya melibatkan kumpulan tidak ramai, iaitu maksima 20 orang yang dibimbangi membawa risiko penularan virus Covid-19 melalui individu pembawa virus tersebut tanpa gejala.

Beliau yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor berharap keluk penularan wabak Covid-19 akan terus dapat diturunkan ke angka tunggal yang masih belum tercapai sehingga kini.

“Pihak PDRM telah melaksana tugas dengan baik sepanjang penguatkuasaan polisi kawalan pergerakan dan diharap usaha baik ini akan berterusan termasuk semasa musim perayaan demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top